Pengerusi Perikatan Nasional Perlis, Mohd Shukri Ramli mengesahkan telah mengemukakan nama penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding mewakili parti berkenaaan di Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15, kepada kepimpinan Pas dan PN di peringkat pusat.<br /><br />Menurutnya, pemilihan Ketua Bahagian UMNO Arau itu dibuat selepas beberapa perbincangan termasuk dengan Shahidan selepas nama pemimpin itu digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional semalam.<br /><br />Bagaimanapun jelas beliau, keputusan akhir berhubung pencalonan berkenaan hanya akan diputuskan dalam masa terdekat sebelum hari penamaan calon pada 5 November.